Thursday, November 17, 2011

My doter


tarikh: 24 sept 2011 (due date 9/10/11)
masa: 9.30mlm
jantina: gegirl
berat:2.4kg(xcukup berat)
tempat: spital pasir mas
nama: mama bg list 2nama, tp papa yg wat keputusan

peristiwa cmner bleh bersalin awal dr due date..nti2 la ai citer ye..


di kesempatan ini ai nk ucapkan jutaan tq pada sumer yg mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga...
mak yang banyak bantu masa pantang.
umie yg xputus2 setiap rabu bertandang ke umah tanpa tangan kosong
kak teh yg mandikan bby sampai dia luruh pusat...*lps tu kak teh terkena mesin wat kueh sampaikan tercabut kuku jari manis belah kiri....
anak2 buah yg sgt menolong utk menjaga syfq sepanjang berada di kmpg
kakak2, abang2
kawan2

semua2 la......

terima kasih byk2....
xlupa juga pada staf2 spital pasir mas....dokter2 yg peramah cuma di sini ai xbrape berpuas hati pada seorg 'sister' di labour room.....

wahai kakak 'sister' kami ibu2 yang nk bersalin xminta pun sesakit sebegitu utk melahirkan zuriat....kami pun berada dlm keadaan lemah jika sudah masuk ke labour room itu..bkn niat kami menyusahkan 'sister'...alangkan eloknya jika sahutan sakit kami berbalas dgn ucapan yg sempurna......tidak elok rasanya jika mata nan indah itu dijelingkan kepada kami yg sedang bertarung nyawa.....



***mesti xpuaskan baca....nmpk sgt kejar masa***


Tuesday, August 2, 2011

terima kasih...

salam ramadhan semua.

saje nk bercerita majlis makan-makan adik beradik, so entry kali nie takde gmbr ye....sbb tuan rumah dgn rela hati terpaksa jadi chef xterlatih untuk bakar ayam. so, xsempat la nk snap gmbr2 mknan dgn tetamu yg hadir.

Sabtu lepas ai ader buat sedikit jamuan, sempena dgn nk sambut puasa dan pada ari sabtu tu jgk adalah umur anak terunaku sudah genap 4tahun. so, kami dgn secara tak planning detail wat keputusan nk mkn ayam bakar a.k.a bbq ayam.

sblm decide menu, ai tanyer uncle nk ajak saper....sbb tahun lps adalah potong kek sendiri-sendiri sahaja, even org sebelah pun x ajak..so tahun nie kebetulan dgn nk sambut ramadhan kiter jemput adik beradik, sepupu sepapat, sedara-mara yang maner xbalik sambut puasa kat kampung, kita ajak la dtg sini. bunyi mcm ramai kan....tp alhamdulillah tetamunya ramai jgk.

sbb menu kami mlm tu xde nasi pun..just ayam bakar 7 ekor, bihun, roti jala, kuih-miuh dan buah-buahan. 7 ekor ayam??? habis ke...alhamdulillah. habis dan semua dapat merasa. jiran2 pun semua dtg, ader yang sanggup cancel majlis lain semata-mata nk mkn bbq ayam. katanya dh lama xmkn.

ayam tu ai perap sendiri...pagi2 sblm subuh nk jgk my lucky tu kejutkan bini dia yg tgh berboyot nie ikut dia pegi pasar borong klang tu, kalu nk ai ikut terpaksa la kejutkan syfq skali. dapat la sekilo rm7....tp xpasti plak rege utk 7ekor tu brape.....

majlis start lps magrib, tp pkul 9 xde org dtg pun...kami dh risau...kot2 org xdtg....tp diorg nie berpakat kot..skali dtg...amik ko....? xsempat ai nk bakar ayam. ai sedikit terkilan bab bakar ayam nie..sbb janji org lain yg nk tlg kan...org yg dijanjikan dtgnya masa kami dh tutup majlis...nasib baik ayam habis..kalu xhabis..memang la nk kena kan.

so, kami sekeluarga nk ucapkan terima kasih la pada sedara-mara, jiran tetangga dan kawan-kawan seseksyen yg sudi dtg. Lain tahun kalu ader rezeki lebih kita akan panggil lebih ramai lagi ye....

yg xdijemput tu jgn la merasa plak ye...sbb plan asal kami mmg just utk adik beradik je...tp bila nk bbq ayam tu terpaksala panggil jiran tetangga sbb bau semasa bakar ayam.

terima kasih jugak pada k.ieja sbb sudi susahkan diri untuk pinjamkan set bbq grill dia yg bertapa dalam store...nnti raya saya hntr ye...time wat rumah terbuka nnt saya hntr. pada chik siah yg sudi hntrkan 2 jenis kuih, sgt best..mcm tau2 je majoriti tetamu saya adalah "kelantanis"...so chik siah buat kuih yg manis2 itu susah mencapai piawaian tetamu yang datang. rata-rata duk puji kuih yg best..kuih yg lama dah xmkn.

terima kasih sekali lagi

Tuesday, July 26, 2011

trimester ke-3

http://www.mengandung.com/


(Minggu ke-29 hingga minggu ke 40)

Kali ini kita akan mengikuti minggu yang seterusnya sepanjang perjalanan kehamilan kita selama tempoh 9 bulan.

Minggu ke-29. Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.

Seterusnya minggu ke-30. Puan perlu banyak berehat. Jika puan tidak bekerja, pastikan puan mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan puan tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur - angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang cukup dan selesa.

Memasuki minggu ke-31. Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.


http://www.mengandung.com/images/8month.jpgMinggu ke-32 pula, bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, puan-puan tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.

Minggu ke-33, bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal puan lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya puan perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana puan mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar.

Minggu ke-34, kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi puan telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.

Minggu ke-35 pula, akan berlaku perubahan pada diri puan. Puan akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Puan perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.

Bagi mereka yang bekerja, minggu ke-36 pula sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau "varicose vein" dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus puan pada ketika ini. Puan akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.

Bila sudah tiba minggu ke-37, kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.

Pada minggu ke-38, puan tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.

Puan seterusnya akan memasuki minggu ke-39, saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.


Minggu ke-40 adalah minggu terakhir dan memasuki minggu ini adlaah saat yang ditunggu-tunggu. Puan akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Puan juga akan mulai rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg. Jadi impian puan dan suami kini akan menjadi kenyataan dalam sedikit masa sahaja lagi.

Thursday, July 14, 2011

"ma...maner apiq ?"


salam sumer....

saje nk berkongsi cerita, perihal anak bujang ai yang tak lama lagi...dalam 2minggu lagi akan genap umurnya 4tahun. tapi melihat saiz badannya tidaklah seperti budak yang berumur 4tahun, itu saiz je...tapi kalu ikutkan perwatakan dia, masih lagi macam budak 2 atau tiga tahun. percakapannya masih lagi pelat atau org klate ckp "telo"...bab manja tu tak payah nk citer la...sebab dalam rumah nie memang dia sorang je...bulan 10 nanti insyallah baru dapat adik. so, paham-paham sendiri la ye...bila jarak 4tahun nie kan...masih tak boleh bayangkan bila dah ader adik nanti macam maner la agaknya perilaku dia. sama-sama lah kita tunggu ye.

so, kali nie ai nak kongsi satu pengalaman bila budak bertanyakan soalan yang susah kiter
sebagai mak ayah nak jawap.

awal minggu nie ai tetiba dapat satu panggilan....N minta saya usahakan mencari gambar seseorang. kat umah sini maner la ai simpan gambar saper2 kan...even gambar family..sebab kami bukanlah jenis yang suka bergambar mcm zaman sekarang nie...disebabkan gambar orang tu penting..ku usahakan jugak selongkar balik kotak-kotak lama dalam stor tu. terjumpalah album gambar masa ai kawen dulu....ingatkan gambar2 tu duk kat kampung..so ai dengan syafiq pun mula la operasi belek telek satu persatu gambar tu.....pasrah jugak la sebab gmbr orang yang N nakkan tu hanya yang ada dari posisi belakang...tak dapet eden nk nolong.

tapi, si syafiq nie duk jugak belek-belek gambar tu...dengar la dia duk bilang orang-orang yang ada dalam gambar tu.....nie tokmek, nie tokmie, nie achu, ni amma, nie appa, nie kakak 2, nie abang, nie...nie...dan nie sumer la.....

lepas tu tetiba dia tanyer ai " MA.....ANNER APIQ ?....XDE PON ! " sambil dia duk tunjuk gambar2 tu sumer.....dalam ati....ko nie....mama tgh pening dgn masalah nie..ko tanyer soklan cepumas plak. banyak kali tu dia duk ulang tanyer soklan yang sama....ai ckp..."apiq xde lagi....dalam perut mama lagi la"......tapi dia masih tak puas hati...dia mcm kecewa jugak la...naper dalam majlis yang semua ada gambar-gambar sepupu sepapat dia ada...tetiba dia sorang je xde dalam album tu. 2,3 kali jugak la dia duk khatam album tu, masih tak puas hati kenapa dia xde dlm gambar-gambar tu.....dia masih gak tanyer soklan tu.....tak kan la nk tipu lak.....dengan budak 4tahun nie cmner la nk xplain kat diorg ek? tu blom skolah lagi..esok-esok bila dah skolah....macam-macam lagi la soklan cepumas yang kuar agaknya kan.

sabar la apiq...bila apiq dah besar nanti, mama citer ye....



Wednesday, July 13, 2011

trimester ke-2

http://www.mengandung.com

Perkembangan Bayi Dari Bulan Pertama
Sehinggalah Bulan Yang Kesembilan

(Minggu ke-17 hingga minggu ke 28)

Minggu ke-17, rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Puan mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.

Kini kita menyorot pula perkembangan pada minggu ke-18. Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.

Pengaliran oestrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan puan masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.

Seterusnya kita mengikuti perkembangan minggu ke-19. Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.

Minggu ke-20. Pertumbuhan bayi dalam kandungan puan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.

Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu.

Selain itu puan juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.

Pada minggu ke-21, kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.

Seterusnya minggu ke-22. Struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi kita juga menjadi semakin aktif. Puan sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Pada masa ini puan sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dekat dengan perut puan. InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh. Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang.

Kini kita di minggu ke-23. Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku pada puan untuk minggu ini amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur kulit, kuku da warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.

Pada minggu ke-24 pula, puan akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan puan. Kita akan dapati berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya puan dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.

Fenomena yang sering berlaku pada minggu ke-25 dan minggu ke-26 ialah badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.

Sekarang minggu ke-27, bayi kita sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah bleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.

Kini masuk minggu ke-28, bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Puan mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu puan juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negetif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.

Monday, July 11, 2011

sardin roll n horliks

salam semua, diharap semuanya sehat belaka.

dah lama rasanya x view lauk pauk kat sini ye....bknnya tak masak...tp nk berebut lappy dgn dua jejaka hati kat dalam rumah nie ai adalah tidak mampu. kebetulan plak hphone wat hal lagi...kan ader yang g melabur kat apple ke...samsung ke...."toke....hambo nok ipek so...." hehehe...alangkan indahnya kalo ai dapat satu kan....baru la nk berbloging sambil dlm pantang pun xde org kacau.......verangan je nie...

dah la...verangan je lbh.

okey la..jemput la minum ye...secawan horliks panas dgn sardin roll....kebetulan masih ader baki roti dgn sardin....ceese pun ade...ai taruk sumer skali dlm tu......sumer rasa ada......

jemput-jemput.

bye

Thursday, June 30, 2011

kakiku sudah ......???




salam sumer....
waaa....manyak cantik gambar kaki tu ek....tp sory to say la itu bkn lah kakiku....itu kaki, ku cari kat cik google ye...jgn salah paham plak.

saje nk citer yg kakiku kini sudah pun sembab. padahal baru peknen 25minggu. time peknen kan syfq dulu, kaki mulai sembab bila kandungan dah pun masuk 34minggu ke atas gitu....huhu tipu la kalu ai cakap tak risau dengan keadaan ini. risau sebenarnya. nk kata berdiri lama ohh tidak. sbb keje ader la tgk skrin pc sahaja.....nk kata sbb kaki tergantung sbb duk atas kerusi pun tak jgk. sbb ader masa ai berjalan2 jgk. kaki start sembab minggu nie la....dah 3hari....so doktor peribadi a.k.a uncle a.k.a my lucky suh la bila baring harus kaki diletakkan bantal dibawah. tp disebabkan sembabnya xketara sgt...so pemantauan dari doktor ku adalah tidak setegas seperti biasa..kalu tak..mau xlena tdo sbb kaki tinggi...xbiasa..nnt xleh nk wat aksi gimnas yg selalu mak aku tegur tu...huhuhuuuuuu

buat masa nie pun barang2 baby mmg zero arr....bkn tak xcited...tp kalu bleh nk tahu gak la gender baby yg nie. kalu ikotkan planning tu nk kena scan sblm g check up yg seterusnya bln julai nie....sbb dlm buku pink tu nurse ader tulis kena ulang scan pada minggu ke 27. tp time check up ari tu lupa lak nk tanyer nk kena scan sendiri(mane-mane klinik) atau scan kat klinik kesihatan sek19 itu......kalu ikutkan ati nk scan sendiri la..just bwk copy tu je nnt...senang..kalu tak.....jenuh la nk nunggu turn jupe doktor time check up nnt...harus kena amik cuti atau EL ari tu.

lps tu baru bleh buka kotak yg ai isi brg2 syfq dulu....yg maner boleh pakai..kiter amik je yg tu....kira beli brg2 yg beto2 xde je.....lgpun brg2 tu nk beli kat kmpg je...nti nk balik bersalin kat kmpg xde la hangkut brg2 byk sgt kan.....kalau la sempat balik kmpg????? buatnya bersalin kat sini cmno tu????

kena pk plan B la plak....hehehe....any idea????

Monday, June 20, 2011

smbg citer...

ok,kiter smbg citer....slps dpt call dr adik bongsu ai tu kan, terkejut? maunyer xterkejut.Eeermmm terkesima jap, sbb abg ipar aku yg no 2 nie setahu aku xde sakit apa2, duk sms dgn anak dia pun xde la plak cakap aper2. Duk sembang yg mak aku pun xde la plak dia ckp arwah nie tgh sakit ke apa kan. eermmmm xpe la. utk kepastian baik call mak aku...umah dia dgn umah mak dkt je...dekat2 pun ader la dlm 500meter gitu...so tpon la mak aku.....bila mak aku citer lbh kurang...baju,towel segala mak nenek yang aku pegang nk mandi nk g keje time tu aku cmpak atas krusi....tpon uncle bgth lbh kurang lps tu uncle tnyer nak balik tak..time tu mmg aku blur ar..xleh nk pk apa2...nasib baik ader lucky yg paham, dia ckp kita balik la...dia pun terus setle psl cuti dia time tu gak...nak xnak kena amik cuti 4hari la, balik 2 hari maner boleh beb...saper nk driver...kalu boleh gilir2 pun aku la yang xlarat nk ulang alik p.mas dgn s.alam dlm masa 2hari....ooooo..mntk maap la den.....

lps tu call abg aku kat cyberjaya..tnyr dia balik ke tak...dia balik tp naik bus je....tu pun dia bwk balik anak dia no 2, sbb yg tu suka buli abang dgn adik dia....nk tumpang aku kreta dh penuh sbb kebetulan adik ipar dgn bini dia ader kat sini yg sememangnya nk balik ari selasa tu, cuma belom beli tiket pun lagi. so, muat-muat ar kat belakang 3 org...

aku lak, tpon bos bgth yg nk kena balik kmpg..nak xnak kena gak la amik cuti 4hari...nasib baik cuti tahun nie ader 25hari lagi....duk berjimat cuti selama nie sbb nk balik kmpg time raya dgn nk cuti awal utk bersalin kat kmpg. So, isi hrmis online kat rumah je...dh xkuasa den nie haaa nk g opis. Dalam pada tu igt gak la keje2 yg perlu setle minggu nie, bkn nk tunjuk rajin, cuma xbrape selesa keje kita kalu susahkan kawan2. itu je, bkn nyer kwn2 xleh tlg, cuma masing2 pun mmg dah ader keje bykkan. Keje aku simple je, xke susahkan diorg...tp tawakal je la...time tu aku mntk2 ader yg postpond ke date yg aku dh masuk keje la.

kami bertolak agak lewat, lps zohor gak la....org baru balik keje nk gak tdo.Tu pun dpt tdo 2jam je, sampai bentong jem...time bdk skolah balik..huhu..nasib ar...lps k.lipis kalu xsilap aku byk plak lori-lori dgn treler kayu, lori org kuarkan balak..perghhhh..nk potong satu2 amik masa oooooooooo.......aku lak yg cuak...sampai kat k.krai gak la kami duk follow lori balak,kayu tu sumer. So sampai agak lewat skit..xsempat dgn tahlil mlm pertama tu. Cuma jupe kakak aku jap je...lps tu kami balik rumah mertua aku...sbb kat umah sumer adik bradik aku balikkan.

tp pagi2 rabu tu dh ke rumah kakak aku, start masak utk org baca tahlil mlm ke-2 start lps asar...makcik aku kan tukang masak, so urusan dapur mmg serah kat dia ar....dia akan ckp dia nk barang2 aper...nnt kami tlg sediakan..dia dtg just tumis2 je. part nie aku suka arrr...hehe....lps isyak tu aku dh amik tempat menghidang..naper aku suka part hidang...ermmmm nk kena ckp ke? xyah la malu ai...hehehe.....hari khamis pun sama gak la, aku kena g beli daging dgn barang2 lain.

alhamdulillah, org yg dtg mmg ramai. Siang hari pun org dtg ziarah xputus-putus. adik bongsu aku mmg duk rumah k.teh la,,sib baik dia ader...dia la yg duk basuh pinggan mangkuk aper sumer..buat air....mmg lencun gak la dia duk rumah tu. sbb kakak aku duk layan org yg datang xputus-putus tu. masak air satu periuk besar....mcm kat kedai kopi ar..ader je air kat atas dapur tu...bila dh habis yg dh bancuh terus buat. kalu nk tunggu org dtg baru buat mmg xsempat ar....

tapi hati aku tetap gak sedih...woooo...woooooo..bkn sedih psl arwah..bkn sbb k.teh ...ni psl org yg idup lagi...yg kedekut kasih sayang...yg janji sebelum dapat semanis madu....bila dh dapat lupa diri.......eeeeeiiiii..mmg aku geram sedih benci sumer ader ar.....nnt ar citer...kalu igt org tu..tetiba aku berpeluh....geram wei.......