sorry again dear, xde gmbr rendang ek. just resepi je. ape pun selamat mencuba.
Resepi Rendang Daging
1kg daging-potong kiub,basuh bersih dan toskan.
2 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar gula merah @ nisan @ gula melaka
garam secukup rasa
air sekiranya perlu
bahan kisar:-
5 batang serai
3 biji bawang besar
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit---nk guna sebuk pun boleh
bahan tumis:-
1/2 cawan minyak
2 btg serai diketuk
2 ulas bawang putih diketuk
4 sudu besar cili boh-saya guna cili boh adabi
cara-caranya:-
Panaskan minyak,tumis bahan-bahan tumis sehingga naik bau.
Masukan cili boh,tumis hingga pecah minyak. Masukkan bahan kisar dan kacau rata.
Masukkan daging, kacau sebati dgn bahan2 kisar td. Masak sehingga air daging td kering sedikit dan barulah masukkan santan, gula dan garam.
Masak shingga mendidih dan biarkan bahan2 tadi agak pekat sedikit, masukan kerisik. Masak sehingga naik minyak.
###di sini nk bg tips sedikit,bkn aper kalu suka boleh masukan buah keras sebijik atau dua dlm bahan kisar td. Kebanyakkan masakan di kedai buah keras digunakan. ia akan membuatkan masakan kita tadi rasa lemak skit###jika daging belum empuk lagi tapi kuah makin kering bolehlah ditambah air sedikit demi sedikit ikut keperluan###gunakan api yg sesuai untuk mengelakkan rendang hangit###elakkan menggunakan kuali yg nipis sebab masakan cepat hangit dan melekat pada kuali###
timing.....2-3jam bergantung kepada kuantiti daging. kalu korang bujet nk mkn dgn nasi impit boleh la rebus paket nasi impit dulu,bkn aper siap korang masak rendang, nasi td sure dh boleh potong kan...baru bleh rasa rendang daging tu dh ok ke blom...rebus nasi impit yg paket tu dlm 1 jam dah masak....nk tunggu ia sejuk tu,sedang elok sgt la kan....
No comments:
Post a Comment