Tuesday, June 19, 2012

ayah

Hari ini saya ingin berkongsi cerita, bukan niat ingin membuka pekung di dada ayah, tapi lebih kepada perkongsian ilmu. Ambillah ini sebagai satu pembelajaran dalam kehidupan, sebagai panduan kita yang mempunyai pegangan agama. Pendek kata, Al-Quran ada jawapan segala-galanya.

Usia Ayah dalam lingkungan 70-an, bagi sesetengah orang yang masih sehat pasti rutin hariannya banyak di habiskan di surau atau di kebun tapi tidak bagi ayah. Bangun pagi ayah seperti bangun seorang kanak-kanak berusia 3 atau 4 tahun, dibawa ke bilik air untuk dimandikan. Jika dibiarkan hanya air yang mengalir di lantai bukan di badan ayah. Ayah masih mampu pakai baju sendiri tapi tengok jugak pada cuaca, jika panas dia hanya suka ber"towel" sahaja, jika tidak cucunya gemar pakaikan ayah kain pelikat dengan baju kemeja yang diborong abang, kemeja batik.

Makan ayah berselera bila kakak masakkan yang jenis bersantan, lebih-lebih lagi jika kari ayam atau gulai daging.

Mak....mengapa kakak, bukan mak yang buat semua itu. Cukup la, kudrat mak cukup uruskan diri sendiri sahaja. Tugasan menjaga ayah kini diambil kakak. Selepas kematian suaminya, keadaan ayah teruk. Diambil ayah duduk bersama-sama dengan 8 orang anaknya, biarpun kini bergelar ibu tunggal tanpa kerja yang tetap, rezeki tiada siapa  yang tahu. AllahMahaBesar.

Itu bukan cerita yang ingin saya sampaikan, tapi keadaan ayah. Keadaan/perangai ayah sebelum ini. Mula-mula ayah jatuh sakit dia mempunyai perangai yang pelik, kadang-kadang percakapannya macam kanak-kanak yang baru belajar nak bercakap, suka menangis dan tabiat yang teruk iaitu suka garu-garu serata tempat dibadanya dan terus disuanya ke hidung untuk dihidu. Melihat dengan keadaan itu kakak menjadi takut dan risau.

Jumpa dengan doktor, doktor bagitahu keadaan fizikal ayah jadi begitu disebabkan dia tiada stamina, ayah dulu kerja kuat. Lepas berhenti kerja dia terus rehat, jadi otot-otot terkejut tanpa stamina seperti jalan kaki, kayuh basikal dan lain-lain. Lepas berbincang, ayah dibawa untuk berubat secara tradisional. Memang ayah sudah uzur, kami terima dengan keadaan ayah. Tapi kami terkejut dengan keadaan ayah di waktu dia muda-muda dahulu. Ayah ada 'pakaian' waktu tu, dari mana ayah dapat pun tidak pasti dan tidak penting pun. Apa yang penting sekarang ini 'pakaian' ayah itu dapat dibuang. Ayah 'pakai' benda tu untuk diri sendiri.

Bila bercerita mengenai "pakaian" orang dulu-dulu memang wujud. Kebanyakkan orang pakai memang untuk diri sendiri, untuk cantik, nampak hebat dan disengani dan macam-macam lagi. Orang sekarang pun ada ke??? ADA.

Apa yang saya tahu, setiap "pakain" itu ada caranya untuk dibuang....maksud saya orang yang pakai itu sendiri boleh buang. Kembalilah kepada Allah


Sekarang fizikal ayah normal seperti orang-orang seusianya di kampung. Masih dalam jagaan kakak, tidak boleh dibiarkan keluar seorang diri, nanti dia lupa jalan ke rumah. Duduk di kampung senang, orang dah kenal ayah. Jika orang-orang kampung nampak ayah dah jauh, ada yang sudi tolong hantar pulang ke rumah kakak. Kebiasaanya ayah ditemani oleh cucu-cucunya, dibawa pusing-pusing kampung dengan motor.

Masa saya pulang waktu cuti sekolah, tengok keadaan ayah bersih dari sebelum ini. Ingatan ayah kadang-kadang okey kadang-kadang tak, cuma kesian ayah bila dia teringatkan anak-anak lelakinya. Dia akan menangis sayu...bagaimana harusku tolong

1 comment:

Shikin said...

Ya Allah maria..sedih akak baca citer awak.Berbaktilah pd org tua selagi mereka ada (peringatan buat diriku jua).Semoga ayah maria sihat2 sentiasa.